Friday 29 August 2014

Mat Salleh PEJUANG SABAH (By : Abdul Alim)


Keturunan Datu Paduka Mat Salleh. Semua orang Sabah kenal Datu Paduka Mat Salleh, tapi tahukah anda siapa nama sebenar Datu Paduka Mat Salleh. Ke manakah perginya keturunan beliau? benarkah bapanya cuma Ketua Kampung? dan ibunya orang Bajau?.Kenapa pemberontakan Datu Paduka Mat Salleh menguasai 90% Negeri Sabah. Benarkah beliau terkorban di Tambunan?, siapakah gurunya?.

Sejarah Sabah catatan penjajah banyak dikelirukan dan disembunyikan fakta sebenarnya. Secara ringkasnya biar hamba ceritakan sedikit sahaja. Nama Datu Paduka Mat Salleh sebenarnya ialah Datu Shariff Abdul Rashid Bin Datu Shariff Muhammad Salleh. Beliau juga disebut Datu Ahmad Salleh dan menggunakan banyak nama timangan atau nama samaran antaranya ialah Shariff Abdul Salam. Ayahandanya adalah anakanda Sultan Iskandar Qudratullah Muhammad Jamalul Azam (1830-1854) Sultan Magindanao. Ibunda Datu Paduka Mat Salleh ialah Pangeran Siti Aishah Binte Pangeran Abdul Rauf ( Raja Karambunai iaitu cicit Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (1740-1778) Sultan Negara Brunei ). Ibunya dipelihara oleh orang Bajau Inanam.

Isteri Datu Paduka Mat Salleh ada 3 atau 4 orang. Antaranya ialah sepupunya sendiri iaitu Dang Bandang anakanda Sultan Badaruddin 2 (1881-1884) Sultan Sulu, moyang kepada Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Oleh itu, Datu Paduka Mat Salleh adalah keturunan 3 kesultanan besar dari pancar 3 orang daripada Shariff 7 ( Wali Tujuh penyebar agama Islam pertama di Brunei, Sabah, Sulu, Mindanao, Sulawesi dan Kalimantan ).

Keturunan Datu Paduka Mat Salleh daripada isterinya yang pertama hingga terakhir banyak terdapat di Kampung Parapat Laut Kudat, di daerah Kudat, di Kota Marudu, di Pitas dan di Kota Kinabalu. Kesemua anak-anak Datu Paduka Mat Salleh telah disembunyikan dan dipelihara oleh sanak saudara terdekat untuk mengelakkan mereka diburu oleh pihak penjajah British.Malahan kesemua anak-anaknya tidak lagi memakai gelaran DATU atau SHARIFF dan bersembunyi hingga beberapa keturunan bercampur dengan orang kebanyakan dan orang ramai.

Sejarah dan pihak British telah mengakui Datu Paduka Mat Saleh telah  terbunuh di Tambunan. Sebaliknya orang-orang Sabah mempercayai bahawa beliau telah ghaib dan tidak terbunuh.Sejauhmana kebenarannya biarlah ia menjadi cerita dan rahsia. Bagi yang mempercayainya tidak menjadi satu kesalahan kerana sejarah membenarkan kematian Datu Paduka Mat Salleh di Tambunan. Sebaliknya bagi yang mempercayai ia telah ghaib dan pernah bertemu dengannya sama ada secara life atau di alam halus juga tidak menjadi kesalahan kerana majoriti rakyat Sabah mempercayainya. Bagi hamba, kedua-duanya adalah logik tetapi jika dibuat undian hamba akan memilih yang kedua.

Datu Tating PERWIRA SABAH (By : Abdul Alim)

DATU TATING: PEWIRA SABAH MELAWAN PENJAJAH
Sedikit sebanyak mengenai beliau:-

  •  beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan sulu.
  •  Datu Tating adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu.
  •  Dilahirkan di bawah Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan pihak kerajaan.
  •  Kehadiran beliau di Pulau Balambangan mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
  •  Tetapi, apabila John Robert muncul dan mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun bermula. Tindakan John Robert seolah- olah tidak menghormati bangsanya.
  •  Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu.
  •  Sejurus itu, beliau pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu British di Pulau Balambangan.
  •  Datu Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau Balambangan.
  •  Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam.
  •  Aktiviti menentang British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk, Teluk Marudu dan Relau.

Kisah Datu Tating mungkin tidak banyak yang diketahui oleh pakar sejarah dan masyarakat. Ini mungkin kerana disebabkan persepsi sesetengah pihak yang keliru samaada beliau adalah sabahan ataupun bukan kerana beliau adalah berasal dari suku Tausug yang boleh dijumpai di Filipina.

Shariff Osman WIRA MARUDU (By : Abdul Alim)

Shariff Osman : Wira Marudu
            Syariff Osman atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan syariff atau syed dan merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei.
            Apabila Kesultanan Sulu mengambil alih beberapa kawasan di Borneo Utara dari Kesultanan Brunei, Syariff Osman telah dia amanahkan mentadbir wilayah Marudu. Pada masa ini, Struktur Pentadbiran Borneo ( Sabah ) di bawah Kesultanan Sulu telah dibahagikan kepada tiga wilayah atau kawasan; iaitu Wilayah Marudu, Wilayah Mangindora dan Wilayah Tirun. Wilayah Marudu meliputi kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi, Balambangan, Marudu, Tempasuk, Ambong, Pitas atau Lingkabao, Paitan, Sugut, Labuk dan berakhir di Teluk Sandakan. Wilayah Mangindora pula meliputi kawasaan Sandakan, Kinabatangan, Tungku, Sabahan ( Tingkayu ), sehingga ke Sungai Apas. Manakala Wilayah Tirun menganjur dari Sabahan sehingga ke kawasan Sibuko, Sambakong, Bulungan dan Berau. Kesemua kawasan ini ditadbir oleh beberapa orang Ketua Sulu yang terdiri daripada Datu, Shariff, Tuan dan Pangeran. Walau bagaimanapun, Marudu adalah wilayah utama dan merupakan kawasan yang terbesar sekali di antara tiga wilayah itu. Marudu diketuai oleh Shariff Osman, Mangindora diketuai oleh Tuan Abandol ( Sungai Sandakan ), Datu Bandar ( Pangeran ) Betau (di Segaliud dan mengetuai orang-orang Buludupi/Idaan/Sungai ). Mana kala Wilayah Tirun ditadbir oleh beberapa orang Datu, antaranya ialah Datu Sapindin yang mentadbir Sabahan ( sebuah daerah di Teluk Darvel ).
             Shariff Osman telah berkahwin dengan seorang puteri Sulu yang dikenali sebagai Dayang Cahaya iaitu anak Raja Muda Bantilan atau Sultan Badaruddin. Dayang Cahaya merupakan adinda kepada Raja Muda Sulu iaitu Datu Mohamad Buyo atau Maharaja Adinda Aranan Puyoh.
Syariff Osman telah mendirikan pusat pentadbirannya di kawasan Kuala Sungai Besar ( Sungai Bandau-Langkon. Beliau telah menjalankan perniagaan mengeksport hasil-hasil hutan dan laut seperti kapur barus, rotan, mutiara, beras bukit, kulit penyu, sarang burung, hasil-hasil laut dan sebagainya. Pada masa ini, Marudu muncul sebagai kawasan utama penyumbang hasil-hasil tersebut ke Sulu dan adalah wilayah yang terpenting sekali di antara semua wilayah Kesultanan Sulu. Syariff Osman juga dipertanggung jawabkan untuk memungut cukai untuk dirinya dan Sultan Sulu dari pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di kawasan Marudu. Oleh itu, beliau telah melantik wakilnya yang terdiri daripada Datu-datu Sulu dan Ketua-ketua Suku untuk menjalankan tanggung jawab ini.
              Pada masa ini juga, aktiviti pelanunan semakin berleluasa dan tidak dinafikan ada di antara ketua-ketua yang dilantik oleh Shariff Osman terlibat dalam aktiviti ini. Aktiviti ini sebenarnya dimulakan oleh pihak Sepanyol pada masa pelayaran Ferdinand Magellan. Ferdinand Magelland dicatatkan dalam sejarah oleh Pigafetta sebagai orang yang mula-mula sekali melanun di kepulauan Sulu. Ferdinand Magellan dalam perjalanan dari Sampang Mengayau ( Borneo ) pada tahun 1521 telah merompak kapal Wizurai Brunei di perairan Paragua ( Pulau Palawan ) dan menawan Raja Pulau Palawan iaitu Tuan Mahamud dan anaknya Tuan Ahmad. Ferdinand Magelland telah membawa Tuan Mahamud ke Pulau Palawan dan memaksa penduduk di sana memberi makanan seperti ayam, kambing, babi, pisang, ubi dan bermacam-macam lagi kepada rombongan Magellan. Sejarah ini telah memulakan aktiviti peperangan di laut di antara orang-orang barat dan orang-orang tempatan dan selalunya pihak yang kalah akan dirampas kapal dan harta bendanya. Tawanan akan dijual sebagai hamba di mana-mana pelabuhan dagang utama. Aktiviti ini juga berlaku di kalangan pihak yang bermusuhan sama ada di kalangan kapal-kapal dagang barat sesama sendiri atau di antara pihak barat dan pihak timur. Sebenarnya sejarah penjajahan baratlah yang memulakan aktiviti ini. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada abad ke-18 dan ke-19. Antara kumpulan lanun Borneo dan Sulu yang terkenal ialah kumpulan orang-orang Illanun ( Irranun ), Balanini ( Bangingi ) dan orang-orang Dayak Laut.
           Sebenarnya, tidak ada satupun dokumen barat mahupun mana-mana dokumen dari Kesultanan Brunei atau Kesultanan Sulu yang dapat mengesahkan bahawa Syariff Osman telah merompak kapal dagang atau menyerang kampung mana-mana penduduk tempatan. Kebijaksanaan dan kepimpinan Syariff Osman sebenarnya adalah faktor utama yang telah menimbulkan rasa kemarahan dan perasaan cemburu pihak Barat dan beberapa pembesar Brunei. Syariff Osman dan pengaruhnya yang kuat ketika di Borneo dan Sulu itu boleh mengancam kewibawaan dan kekuasaan pihak Barat dan Brunei. Lebih-lebih lagi, tindakan Syariff Osman mengisytiharkan dirinya sebagai " Pemerintah Bebas " telah menimbulkan kemarahan musuh-musuhnya dan jika tidak dihalang dan dimusnahkan sudah tentulah Syariff Osman akan menjadi Sultan di Borneo. Pihak pembesar Brunei, Rajah James Brooke dan pihak British North Borneo akan terancam dan akan mengagalkan semua agenda mereka di Borneo Utara. Dr.Ranjit Singh, dalam buku, Commorative History Of Sabah 1881 - 1981 membuat ulasan seperti berikut;
"In certain cases, where Brunei and Sulu authority was lax and the settled population feared attacks by pirates, men of out-standing ability, strength and an independent disposition were able to establish themselves as protectors and virtual independent chiefs"
         Oleh yang demikian, kemunculan Ketua Bebas seperti Shariff Osman adalah disebabkan oleh kemerosotan dan lemahnya kekuasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu pada masa itu dan disebabkan oleh meningkatnya ancaman lanun. Dalam hal ini, Shariff Osman adalah pilihan terbaik untuk memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan kepada penduduk Borneo Utara, khasnya di Marudu daripada ancaman lanun. Dengan ini, adalah mustahil seorang ketua yang menjadi pelindung rakyat di wilayahnya menyamun, membunuh, merogol atau melanun orang-orang yang menjadi rakyatnya sendiri.
         Kesanggupan Shariff Osman untuk memberikan perlindungan terhadap orang-orang di bawah kekuasaannya dan kerelaannya untuk melindungi rakyatnya daripada ancaman dan serangan lanun-lanun telah menyebabkan ramai orang yang datang dan tinggal menetap di wilayah Marudu. Ini menyebabkan berlakunya ledakan penduduk di Marudu sehingga Marudu menjadi wilayah yang terpenting dan paling ramai didiami penduduk Borneo Utara ketika itu.St. John dalam bukunya," Life in the Forest of the Far East " yang ditulisnya pada tahun 1863 menganggarkan penduduk dalam "daerah Marudu" ketika itu lebih kurang 50,000 orang . Jumlah ini tidak termasuk penduduk di kawasan kepulauan Palawan, Balabak, Banggi dan pulau-pulau sekitarnya yang juga berada di bawah pemerintahan Shariff Osman. Jumlah penduduk ini jauh lebih ramai dari penduduk Kerajaan Brunei dan Kerajaan James Brooke. Negeri Marudu telah muncul sebagai saingan terbaru Kerajaan Brunei dan Kerajaan Brooke dan jika tidak disekat dan dimusnahkan besar kemungkinan ia akan mengancam semua kerajaan yang ada di Borneo Utara ketika itu. Penduduk-penduduk yang tinggal di negeri Shariff Osman terlibat dengan aktiviti ekonomi penternakan dan perikanan, sementara mereka yang tinggal kawasan penempatan Shariff Osman menjalankan aktiviti ekonomi perdagangan.
KUBU SHARIFF OSMAN 1845
           Dalam rancangannya untuk memberikan perlindungan terhadap rakyatnya, Shariff Osman telah dibantu oleh sejumlah besar panglima dan pahlawan dari Sulu, Brunei dan Borneo yang sanggup menjadi pengikutnya. Dia telah membina kubu yang kuat di Kuala Sungai Besar yang dilengkapi dengan senjata api dan dua meriam yang besar. Bahagian depan kubunya telah ditempatkan kapal-kapal dan perahu perang yang sedia berperang pada bila-bila masa sahaja. Manakala perairan sungai bahagian hadapan kubunyan telah dipasang dengan rantai besi yang merentangi perairan kubunya agar kapal-kapal yang menyerang kubunya tidak dapat mendekati pangkalannya.

Tuesday 26 August 2014

pendahuluan

 PENDAHULUAN



  • Dalam tokoh perjuangan tanah negeri Sabah ini kita dapat tahu bahawanya banyak tokoh-tokoh yang berusaha sedaya upaya untuk memMerdekakan negara kita daripada jajahan kuasa asing.iaitu sangguhpun mempertarungkan nyawa mereka demi mempertahankan negara mahupun menegakkan hak kita sendiri.
    Salah satu motif kami untuk mengkaji tentang tokoh Sabah ini adalah untuk menyelusuri ataupun menyingkap sejarah para pejuang dan latar belankang mereka. Sehubungan itu,kami ingin membuktikan kepada generasi muda bahawa pejuang tanah air ini tidak terus dilupakan oleh generasi muda pada zaman kini agar mereka sentiasa mengigati jasa para pejuang kita.
  •                                                                                                       by: Shafierah

penghargaan

PENGHARGAAN



  • Kami daripada kumpulan dua (pengajian malaysia) , mengucapkan ribuan terima kasih atas dorongan dan panduan yang di berikan kepada kami. Serta segala motivasi yang di berikan oleh madam Nadirah binti madin. Dengan ini kami menyelusuri tentang tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan negeri Sabah daripada ancaman pemerintahan kuasa asing dan berjaya mendapatkan “kemerdekaan yang mutlak”. Daripada ini kami dapat mempelajari serba sedikit tentang bagaimana susah dan payahnya pejuang tanah melayu untuk menuntut kemerdekaan ini . Kami sekumpulan juga amat berbangga kerana dapat menjadi anak jati negara malaysia yang penuh dengan kemakmuran.
  •                                                                                                    by: Azwade


Sejarah dan Peringatan Pejuang

SEJARAH DAN PERINGATAN PEJUANG TANAH AIR NEGERI SABAH


  • Kini sebuah tugu telah dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulisnya perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti “tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh pasukan bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu,Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Compony menemui ajanya. Pada pandangan British , Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

                                                                                        by: Abdul Alim

teknik Datu Mat Salleh menentang musuh

TEKNIK BELIAU DALAM MENENTANG PIHAK MUSUH



  • Datu Mat Salleh telah membina Kota Pertahanan yang Baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung tibabar Tambunan. Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh yang tidak dapat ditembusi peluru. Pada setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan -bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur untuk menyelamatkan diri apabila di kepung musuh.
  •                                                                                                                  by:Alfie

kebangkitan Datu Mat Salleh

 KEBANGKITAN DATU MAT SALLEH DAN PENGIKUTNYA


  • Pihak Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu. Lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kubu Mat Salleh di sungai Sugut pada tahun 1896 hingga 1897. Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri . Detik perjuagan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Komponi Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Komponi Hindia Timur Inggeris di pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar pejabat Resident Komponi Hindia Timur Inggeris di Ambong.

                                                                                                 by: Alfie

Tempat perjuangan Datu Mat Salleh

 TEMPAT PERJUANGAN DATU MAT SALLEH


  • Kota Kampung Tibabar ,Tambunan adalah salah satu kota utama pertahan Mat Salleh yang kuat . Kota ini ialah benteng terakhir Mat Salleh dalam usahanya memimpin orang-orang Sabah menentang Inggeris. Kejatuhan kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat kompeni Hindia Timur Inggeris dan berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh . Malah peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya ,Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah lingkaboh dan sungai sungut . Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui sungai sungut pada tahun 1984.
  •                                                                                                        by: Sheikh Mohd Hazim

Pengenalan tentang Datu Mat Salleh

 PENGENALAN TENTANG DATU MAT SALLEH


  • Mat Salleh atau nama sebenarnya Dato Mat Salleh. Beliau merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah.Mat salleh pernah mengistiharkan daerah tambunan atau dalam bahasanya “negeri tambunan”. Sebagai daerah dibawah kekuasaanya .Mat Salleh berasal daripada suku kaum suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkhawin di Inanam dengan seorang perempuan suku Bajau .Hasil daripada perkhawinan mereka itu lahirlha empat orang adik beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin,dan Bolong.

                                                                                                       by:Sheikh Mohd Hazim

hasil dapatan sejarah perjuangan Datu Tating

HASIL DAPATAN SEJARAH PERJUANGAN DATU TATING DAN PENGIKUTNYA

  • Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil daripada pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali.Misi perjuangan mereka adalah untuk pembebasan secara bebas atau mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengekspotasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya.Penjajahan secara rasmi pada tahun 1881 merupakan tindakkan tegas oleh pihak penjajah agar segala aktiviti ekonomi Sabah dapat dijana semaksimanya.SBUB di bawah pimpinan Alfred Den dengan Veron Overback merupakan dua tokoh penting penjajah yang memajak Sabah daripada kesultanan sulu. Pemajakan secara rasmi telah berlaku padatahun 1881, dan sebelum itu penentangan orang tempatan terhadap penjajah yang bermula sekitar 1775 dalam tempoh 106 tahun brulah hasrat serta cita-cita pihak kolonial berjaya mendapatkan Sabah sepenuhnya.


                                                                    by: Sheikh Mohd Hazim

Sejarah tokoh Sharif Uthman

    SEJARAH TOKOH SHARIF UTHMAN



  • Penentangan oleh Sharif Utman pada sekitar1830an, di teluk marudu terhadap syarikat Hindia Timur Inggeris merupakan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah . Walaupun beliau dan pengikutnya tewas,namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakan pihak penjajah dalam keadaan tertekan .Sharif Uthman telah terkorban dalam peperangan ini dan kubu mereka musnah akibat seranggan bertaluh-talu dengan kekuatan pihak penjajah serta kelengkapan yang mengatasi peralatan perang.Sharif Utman penentangan terbesar di Sabah .Beliau bersama pengikutnya seramai lebih kurang 2,000 orang yang terdiri daripada orang bajau dan iranun telah mencabar SHTI di perairan Teluk Marudu.
  •                                                                                               by: Alfie

Tokoh-tokoh perjuangan negeri sabah

TOKOH -TOKOH PERJUANGAN NEGERI SABAH
  • Antara tokoh perjuangan yang awal merintis perjuangan menentang penjajah seperti DATU TATING,yang telah menyerang syarikat Hindi Timur Inggeris pada tahun 1775 di pulau Balambangan. Beliau dengan beraninya menyerang British berserta para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum suluk dan iranun. Tindakan Datu Tating ini menjadi pencetus terhadap penentangan di sabah .
  • Sehubungan terhadap peristiwa itu, Raja ismail dan Raja Tebuk turut membantu sultan Mahmud menyerang Belanda di tanjung Pinang, Riau Johor pada tahun 1778,selepas itu Raja Tebuk (RAJA LANOON) turut membantu Sultan Abdullah menyerang Francis Light di seberang perai pada tahun 1791. Manakala Sharif Uthman menentang Inggeris di teluk marudu sekitar tahun 1830an,dan penentangan ini telah diakhiri oleh Sharif Ali di pandasan dan Ontoros anak lelaki Antanum di Tenom pada tahun 1915.

                                                                                                    by: Sheikh Mohd Hazim

Menyelusuri tokoh-tokoh perjuangan sabah

MENYELUSURI TOKOH-TOKOH PERJUANGAN SABAH

  • Negeri Sabah telah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada tahun 1963.sebelum negeri Sabah mengikuti pembentukan Malaysia,ianya telah diisytiharkan sebagai sebuah negara selama 15 hari iaitu merdeka daripada penjajah 31 ogos 1963.sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan dimana penjajahan selama 82 tahun sudah cukup mengajar erti' jiwa hamba kepada jiwa merdeka “..


  • Perjuangan tokoh-tokoh tempatan seperti RAJA ISMAIL, RAJA TEBUK, DATU TATING, SHARIF UTHMAN, RAJA LAUT, PADUKA MAT SALLEH, PAK MUSA, ANTANOM, SAGUNTING, LANGKAP, PANGLIMA UDUN, MAT SATOR, KAMUNTA, DATU MAMUDA, DATU KEDUNDING, ANDAMUN, PENGIRAN INDERA JAYA, SHARIF ALI dan beberapa tokoh lain yang turut berjuang menghalang,menentang serta menghalau penjajah dari terus berkuasa merata harta warisan rakyat jelata Sabah. Kesemua tokoh-tokoh ini telah membayar perjuanagan mereka dengan harta,masa,tenaga dan pemikiran serta nyawa mereka .             
  • by: Alfie           

Sunday 24 August 2014

peristiwa 13 mei 1969

Pelan Tindakan Kerajaan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa ini  memberi pengajaran kepada semua penduduk terutamanya para pemimpin politik dan rakyat Malaysia. Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda yang  teruk di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya masalah yang berkaitan dengan hubungan antara kaum .Hal yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada masalah perpaduan yang amat ketara antara kaum .

          Sehubungan dengan itu, pada 17 Mei 1969 sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa Timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin Dato’Hussien iaitu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik,pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu bertanggungjawab mengembalikan keamanan dan undang-uandang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum kepada kaum lain. Dibawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja. Ketua  Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal awam serta penyelarasan agensi kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi .


           Dasar-dasar yang yang berkaitan dengan hal ehwal awam tersebut termasuklah dasar kewangan, pelajaran, pembangunan negara, luar bandar dan perusahaan, perdagangan dan perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan persekutuan dan negeri dan imigresen dan pendaftaran negara. Bagi membantu dalam melaksanakan dasar-dasar ini beberapa panel telah ditubuhkan seperti panel ekonomi, panel pelajaran, jawatankuasa ekonomi dan kewangan, jawatankuasa penanaman modal serta jawatankuasa perancangan dan pembangunan negara                    ( JPPN).Selain itu, MAGERAN  telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara (JPN) pada tahun 1970 dan Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 Julai 1969.Tujuan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara  yang diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie adalah bagi membantu kerajaan mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara dengan lebih teratur dan teliti di samping mendraf satu idealogi iaitu Rukun Negara.

          Majlis Muhibah turut dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung di bawah peruntukan Peraturan-peraturan Perlu 1969 untuk mengalakan perkembangan muhibah dengan memulihkan kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum yang lain, mengkaji dan menyelesaikan masalah dengan kerjasama pihak berkenaan yang berkaitan dengan kesulitan serta perselisihan faham antara kaum, membantu pertubuhan lain dan kerja-kerja sukarela dalam lapangan kerja sosial mengikut pelbagai peringkat serta sedia membantu kerajaan pada bila-bila masa diperlukan. Kerajaan Berparlimen  telah dipulihkan semula pada 23 Feb 1971.Ekoran daripada hal tersebut Majlis Muhibah Negara telah dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan Negara(National Unity Council) yang mempunyai 51 orang anggota  dan ditadbir melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dengan Pejabat Muhibah Negara. Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan perpaduan negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri perlu dirujukan kepada majlis dan membincangkan , mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada masalah perpaduan negara bagi memupuk perpaduan kaum.
        Pada 1 Januari 1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara digabungkan menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang bertanggungjawab mengurus serta menyelaras tugas-tugas Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Muhibah. Selepas pilihan raya umum 1974, kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk menyebabkan Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara malah sebuah panel penasihat yang terdiri daripada 16 ahli juga ditubuhkan. Panel penasihat ini bertanggungjawab membincangkan masalah perpaduan, mencari idea baru bagi menghapuskan perasaan perkauman serta mengelakkan berlakunya konflik atau konfrontasi antara kaum. Lembaga Perpaduan Negara bertukar kembali menjadi Jabatan Perpaduan Negara yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri.

       Seterusnya , Majlis Perundingan Negara(MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-undang darurat yang diwartakan pada 29 Januari 1970. MAPEN dan MAGERAN saling berkerjasama iaitu MAGERAN bertindak sebagai pemerintah manakala,MAPEN berfungsi sebagai penasihat kepada MAGERAN khususnya perkara berkaitan perhubungan kaum. MAPEN berperanan membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan perpaduan kaum untuk mencari jalan penyelesaian agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ iaitu mengelak berulangnya peristiwa 13 Mei.MAPEN dianggotai oleh  Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien(pengerusi), tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan negeri,wakil-wakil parti politik ,wakil-wakil agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan kecil.Setiap ahli berperanan dalam membincangkan isu berkaitan perpaduan kaum dengan jujur tanpa was-was dan dalam keadaan yang tenang.Namun isu yang dibincangkan bukan hanya tertumpu kepada perpaduan kaum semata-mata tetapi juga melibatkan perancangan dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, sosial, pembangunan wilayah dan negeri.

         MAPEN telah mengadakan mesyuarat yang pertama pada 27 Jan 1970 yang dipengerusikan oleh pengarah MAGERAN dan telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu membuat keputusan berkenaan bentuk masyarakat Malaysia pada masa akan datang bagi mencapai perpaduan yang harmoni. Melalui perbincangan yang dijalankan selama beberapa bulan MAPEN berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu panduan yang boleh dijadikan idealogi bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru dan maju .Idealogi tersebut dikenali sebagai Rukun Negara yang mengandungi 5 prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.Rakyat Malaysia harus mendukung cita-cita yang berpandukan kepada kelima-lima prinsip tersebut iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyrakat , memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil ,menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan mengunakan sains dan teknologi moden.

         Di samping itu, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektif  yang menjadi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah, peraturan dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan antara golongan kaya dengan golongan miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor ekonomi menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini. Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang seimbang dalam sektor ekonomi agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

         DEB mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar sebagai tumpuan utama terutamanya bagi kaum bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian tradisional. DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu ini iaitu mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak , menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan kawasan, memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan sektor pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum, memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat. DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat iaitu pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandar, pembasmian mengikut negeri dan pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik. Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa strategi iaitu peningkatan dalam pendapatan dan kadar kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan semula corak guna tenaga, penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat dan sektor industri dan pembangunan bandar dan luar bandar.

        Selain itu, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Kementerian Kebudayaan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi merancang ,mengawal ,menyelia dan melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Di samping melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, kementerian ini berfungsi untuk memberi khidmat nasihat, mengubal dan menyelia dasar yang berkaitan dengan perkembangan kebudayaan dan industri pelancongan .Mengawal dan menyelia perjalanan jabatan dan agensi di bawahnya serta merancang program pembangunan, penyelidikan dan perhubungan dalam bidang kebudayaan dan pelancongan selaras dengan dasar yang telah ditetapkan .Melaksanakan, menyelaras dan mengawasi program kebudayaan dan pelancongan serta menilai keberkesanan dasar program kebudayaan dan pelancongan.
         Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar diterima dan Islam sebagai unsur yang paling penting. Terdapat beberapa objektif Dasar Kebudayaaan Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan dengan meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, memenuhi keperluan sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.Kementerian Kebudayaan ,Kesenian dan Pelancongan berperanan penting dalam melaksanakan dasar ini iaitu menguruskan penyelidikan ,pembangunan dan pengalakkan penyelidikan dan pengembangan kesenian serta perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.

         Persekutuan Malaysia merupakan negara yang mempunyai 13 buah negeri iaitu 11 buah di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak.Negeri Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang terpisah daripada Semenanjung Tanah Melayu, situasi ini menyebab kedua-dua negeri ini sukar untuk berhubung dengan negeri-negeri di Semenanjung.Pihak kerajaan harus menjalankan pembangunan yang mengambilkira usaha-usaha bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan struktur di antara negeri atau wilayah di Malaysia.Antara aspek yang perlu dititikberatkan ialah potensi,keupayaan dan keadaan negeri atau wilayah yang berkaitan untuk membolehkan pembangunan pertanian,perusahaan ,perindustrian dapat disalurkan ke arah pembangunan negara yang seimbang .Objektif utama pembangunan ini ialah mewujudkan agihan yang lebih seimbang dan adil dari segi pekerjaan,pendapatan ,pendidikan ,kemudahan asas,kesihatan,sosial dam rekreasi khususnya di negeri Sabah ,Sarawak dan negeri-negeri yang mundur di semenanjung.Penempatan semula penduduk ke kawasan atau pusat-pusat bandar baru yang berpotensi dalam pembangunan telah dijalankan di bawah pengawasan pihak berkuasa seperti JENGKA dan DARA(Pahang), KEJORA(Johor), KESEDAR(Kelantan), KETENGAH(Terengganu) dan KEDA(Kedah).Di Sabah sektor pertanian menjadi penyumbang utama dalam Pengeluaran Negara Kasar(PNK).Melalui RMK-5 ,64000 hektar tanah dibangunkan yang menempatkan 3900 peneroka dan mempelbagaikan industri balak kepada industri pengeluaran kertas kayu dan pulpa.Penggunaan pelabuhan di Kota Kinabalu, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau untuk tujuan pengeksportan hasil keluaran setempat dipergiatkan .

         Sektor perlombongan di Sarawak seperti pengeluaran gas asli telah berkembang pesat ekoran daripada permintaan yang tinggi oleh LNG plant dan Asean Ammonia-Urea Plant di Bintulu. Melalui  RMK-5 Sarawak menjadi pengeluar kayu balak terbesar dan kemajuan sektor pertanian disebabkan projek Pembangunan Pertanian Bersepadu(Intergrated Agricultural Development projects) serta pembangunan luar bandar. Dasar dan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak dapat diselaraskan dengan pendidikan di Semenanjung di bawah Kementerian Pendidikan. Sistem perhubungan antara Sabah dan Sarawak diperluaskan melalui rancangan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching dengan Kota Kinabalu seterusnya dapat membantu dalam pemesatan pembangunan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Perhubungan udara di bawah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS)  dari Kota Kinabalu dan Kuching ke Kuala Lumpur dan Bandar lain di semenanjung ,sistem komunikasi yang baik seperti telefon ,perkhidmatan pos,televisyen dan radio membolehkan jurang pemisah antara Sabah dan Sarawak dengan semenanjung dapat dihapuskan .         
        Sehubungan daripada peristiwa 13 Mei ini terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum iaitu sentiasa mengalakkan penduduk bermigrasi untuk meluaskan pergaulan.Terdapat beberapa faktor tarikan yang boleh menggalakan penduduk berpindah iaitu penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia , mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik di sesebuah tempat dan meningkatkan aspek keselamatan untuk mengelak ancaman dari luar.Selain itu,penyeragaman sisitem pendidikan adalah penting kerana Dasar Pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Feen-Wu,Undang-undang Pelajaran1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta dasar lain berkaitan pendidikan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum. Media massa pula memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada berita-berita, laporan dan dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang penerimaan maklumat yang ada. Media massa dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang positif terhadap negara.

         Integrasi ekonomi melalui  dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, DEB, Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk memastikan pengasingan ekonomi yang dijalankan sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka dapat dimansuhkan di samping merapatkan jurang ekonomi yang wujud antara penduduk kaya dengan penduduk miskin agar perasaan tidak puas hati dapat dielakkan. Fahaman politik yang bersatu harus diwujudkan seperti Parti Perikatan(UMNO-MCA-MIC) atau Barisan Nasional yang dianggotai oleh pelbagai parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan, AKAR, PBDS, SNAP, PBB, SUPP, PBRS, PDS dan SAPP .Manakala aspek-aspek sosial lain yang perlu diambilkira ialah perpaduan kaum dapat dipupuk melalui pengenalan dan penerapan dasar-dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain .Dalam hal ini Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur semua kaum.

         Tragedi 13 Mei ini telah memberi pengajaran khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik termasuk rakyat Malaysia.Antara pengajaran yang dapat dijadikan iktibar ialah kerosakan harta benda dan nyawa kerana rusuhan kaum ini telah mengakibatkan banyak nyawa terkorban misalnya jumlah kematian pada tempoh darurat ialah 172 hingga 196 orang manakala yang tercedera seramai 493 orang.YDPA telah mengisytiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman dan ahli Jemaah Menteri .Perintah berkurung ini bertujuan untuk mengawal keselamatan dan mengembalikan kestabilan negara .Walaubagaimanapun , keadaan ini telah menyekat kebebasan dan pergerakan penduduk untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti mencari nafkah. Tragedi ini telah memberi keuntungan kepada musuh negara malah turut memberi peluang kepada mereka untuk memecahbelahkan hubungan rakyat seterusnya menakluki negara ini. Misalnya, kejatuhan Empayar Melayu Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511 disebabkan oleh keadaan kucar- kacir di negeri tersebut.

         Selain itu ,tragedi ini juga telah mengajar rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya pembentukan dasar perpaduan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni.Di samping itu ,tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama wujudnya masalah perpaduan kaum ialah faktor kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk luar bandar disebabkan dominasi ekonomi oleh golongan kaya. Oleh itu, pembentukan DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam menjadi alat perpaduan kaum .Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir bertutur dalam bahasa ini.Namun, pengunaan dan pembelajaran bahasa lain tidak di sekat untuk mengelakkan rasa tidak puas hati kaum lain seperti kaum cina dan india .  


         Kesimpulannya, tragedi 13 Mei 1969 menyebabkan berlaku beberapa perubahan di Malaysia terutama dalam sektor politik.Kerajaan telah menubuhkan beberapa persatuan dan badan-badan kerajaan yang baru seperti MAGERAN, MAPEN, DEB, JPN, MMN, Rukun Negara dan banyak lagi .Pelaksanaan dasar-dasar ini memerlukan kerjasama serta komitmen daripada setiap lapisan masyarakat terutamanya para pemimpin politik kerana salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya peristiwa rusuhan kaum ini ialah sikap tidak bertanggungjawap para pemimpin politik semasa berkempen dan selepas keputusan pilihan raya diumumkan iaitu para pemimpin politik ini tidak dapat mengawal perasaan diri dan pengikut-pengikut mereka serta tidak menghormati sensitiviti kaum lain.Oleh itu, peristiwa ini telah banyak mengajar setiap anggota masyarakat tentang nilai murni yang perlu ada pada diri setiap masyarakat untuk mewujudkan hubungan yang harmoni .Selain itu, setiap anggota masyarakat juga diajar untuk saling bantu-membantu  agar ‘pisang tidak berbuah dua  kali’ iaitu agar tragedi 13 Mei ini tidak berlaku lagi dan dijadikan pengajaran oleh semua anggota masyarakat.



by : shafierah