Friday 29 August 2014

Mat Salleh PEJUANG SABAH (By : Abdul Alim)


Keturunan Datu Paduka Mat Salleh. Semua orang Sabah kenal Datu Paduka Mat Salleh, tapi tahukah anda siapa nama sebenar Datu Paduka Mat Salleh. Ke manakah perginya keturunan beliau? benarkah bapanya cuma Ketua Kampung? dan ibunya orang Bajau?.Kenapa pemberontakan Datu Paduka Mat Salleh menguasai 90% Negeri Sabah. Benarkah beliau terkorban di Tambunan?, siapakah gurunya?.

Sejarah Sabah catatan penjajah banyak dikelirukan dan disembunyikan fakta sebenarnya. Secara ringkasnya biar hamba ceritakan sedikit sahaja. Nama Datu Paduka Mat Salleh sebenarnya ialah Datu Shariff Abdul Rashid Bin Datu Shariff Muhammad Salleh. Beliau juga disebut Datu Ahmad Salleh dan menggunakan banyak nama timangan atau nama samaran antaranya ialah Shariff Abdul Salam. Ayahandanya adalah anakanda Sultan Iskandar Qudratullah Muhammad Jamalul Azam (1830-1854) Sultan Magindanao. Ibunda Datu Paduka Mat Salleh ialah Pangeran Siti Aishah Binte Pangeran Abdul Rauf ( Raja Karambunai iaitu cicit Sultan Omar Ali Saifuddin 1 (1740-1778) Sultan Negara Brunei ). Ibunya dipelihara oleh orang Bajau Inanam.

Isteri Datu Paduka Mat Salleh ada 3 atau 4 orang. Antaranya ialah sepupunya sendiri iaitu Dang Bandang anakanda Sultan Badaruddin 2 (1881-1884) Sultan Sulu, moyang kepada Tun Datu Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah. Oleh itu, Datu Paduka Mat Salleh adalah keturunan 3 kesultanan besar dari pancar 3 orang daripada Shariff 7 ( Wali Tujuh penyebar agama Islam pertama di Brunei, Sabah, Sulu, Mindanao, Sulawesi dan Kalimantan ).

Keturunan Datu Paduka Mat Salleh daripada isterinya yang pertama hingga terakhir banyak terdapat di Kampung Parapat Laut Kudat, di daerah Kudat, di Kota Marudu, di Pitas dan di Kota Kinabalu. Kesemua anak-anak Datu Paduka Mat Salleh telah disembunyikan dan dipelihara oleh sanak saudara terdekat untuk mengelakkan mereka diburu oleh pihak penjajah British.Malahan kesemua anak-anaknya tidak lagi memakai gelaran DATU atau SHARIFF dan bersembunyi hingga beberapa keturunan bercampur dengan orang kebanyakan dan orang ramai.

Sejarah dan pihak British telah mengakui Datu Paduka Mat Saleh telah  terbunuh di Tambunan. Sebaliknya orang-orang Sabah mempercayai bahawa beliau telah ghaib dan tidak terbunuh.Sejauhmana kebenarannya biarlah ia menjadi cerita dan rahsia. Bagi yang mempercayainya tidak menjadi satu kesalahan kerana sejarah membenarkan kematian Datu Paduka Mat Salleh di Tambunan. Sebaliknya bagi yang mempercayai ia telah ghaib dan pernah bertemu dengannya sama ada secara life atau di alam halus juga tidak menjadi kesalahan kerana majoriti rakyat Sabah mempercayainya. Bagi hamba, kedua-duanya adalah logik tetapi jika dibuat undian hamba akan memilih yang kedua.

No comments:

Post a Comment