Pelan Tindakan Kerajaan Selepas Peristiwa 13 Mei 1969
Tragedi 13 Mei 1969 telah menjadi peristiwa yang amat
penting dalam sejarah Tanah Melayu dan peristiwa ini memberi pengajaran kepada semua penduduk
terutamanya para pemimpin politik dan rakyat Malaysia. Tragedi ini telah
menyebabkan kematian dan kerosakan harta benda yang teruk di Malaysia. Sehubungan dengan itu,
kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang
dihadapi terutamanya masalah yang berkaitan dengan hubungan antara kaum .Hal
yang demikian kerana tragedi 13 Mei berpunca daripada masalah perpaduan yang
amat ketara antara kaum .
Sehubungan
dengan itu, pada 17 Mei 1969 sebuah majlis telah ditubuhkan dibawah kuasa
Timbalan Perdana Menteri,YAB Tun Abdul Razak bin Dato’Hussien iaitu Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN) untuk mengambil alih tugas parlimen .Beliau dibantu
oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin
politik,pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera.
MAGERAN menjalankan beberapa fungsi utama iaitu bertanggungjawab mengembalikan
keamanan dan undang-uandang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan
sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan sesebuah kaum
kepada kaum lain. Dibawah MAGERAN juga telah ditubuhkan sebuah pejabat Urusetia
Hal Ehwal Awam yang diketuai oleh seorang pegawai Perkhidmatan Awam Kanan untuk
menjalankan tugasan daripada Ketua Pegawai Kerja. Ketua Hal Ehwal Awam bertanggungjawab mengeluarkan
arahan berkenaan pembentukan dan penelitian semua dasar dan objektif kerajaan
tentang hal-hal yang berkaitan dengan hal ehwal awam serta penyelarasan agensi
kerajaan lain agar dasar tersebut dipatuhi .
Dasar-dasar
yang yang berkaitan dengan hal ehwal awam tersebut termasuklah dasar kewangan,
pelajaran, pembangunan negara, luar bandar dan perusahaan, perdagangan dan
perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan dan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan
persekutuan dan negeri dan imigresen dan pendaftaran negara. Bagi membantu
dalam melaksanakan dasar-dasar ini beberapa panel telah ditubuhkan seperti
panel ekonomi, panel pelajaran, jawatankuasa ekonomi dan kewangan, jawatankuasa
penanaman modal serta jawatankuasa perancangan dan pembangunan negara ( JPPN).Selain itu, MAGERAN telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
(JPN) pada tahun 1970 dan Majlis Muhibah Negara (MMN) pada 18 Julai 1969.Tujuan
penubuhan Jabatan Perpaduan Negara yang
diketuai oleh Tan Sri Mohd.Ghazali Shafie adalah bagi membantu kerajaan
mengerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara dengan lebih teratur
dan teliti di samping mendraf satu idealogi iaitu Rukun Negara.
Majlis
Muhibah turut dibentuk di peringkat pusat, negeri, daerah dan kampung di bawah
peruntukan Peraturan-peraturan Perlu 1969 untuk mengalakan perkembangan muhibah
dengan memulihkan kepercayaan sesebuah kaum dengan kaum yang lain, mengkaji dan
menyelesaikan masalah dengan kerjasama pihak berkenaan yang berkaitan dengan
kesulitan serta perselisihan faham antara kaum, membantu pertubuhan lain dan
kerja-kerja sukarela dalam lapangan kerja sosial mengikut pelbagai peringkat
serta sedia membantu kerajaan pada bila-bila masa diperlukan. Kerajaan
Berparlimen telah dipulihkan semula pada
23 Feb 1971.Ekoran daripada hal tersebut Majlis Muhibah Negara telah
dimansuhkan dan diganti dengan Majlis Perpaduan Negara(National Unity Council)
yang mempunyai 51 orang anggota dan
ditadbir melalui kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dengan Pejabat Muhibah
Negara. Peranan utama majlis ini adalah membincangkan perkara-perkara berkaitan
perpaduan negara yang difikirkan oleh Perdana Menteri perlu dirujukan kepada
majlis dan membincangkan , mencadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada
masalah perpaduan negara bagi memupuk perpaduan kaum.
Pada 1 Januari
1972 Jabatan Perpaduan Negara dan Pejabat Muhibah Negara digabungkan menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang bertanggungjawab mengurus serta menyelaras
tugas-tugas Majlis Penasihat Perpaduan Negara dan Jawatankuasa Muhibah. Selepas
pilihan raya umum 1974, kerajaan baru Barisan Nasional dibentuk menyebabkan
Kementerian Perpaduan Negara bertukar nama menjadi Lembaga Perpaduan Negara
malah sebuah panel penasihat yang terdiri daripada 16 ahli juga ditubuhkan.
Panel penasihat ini bertanggungjawab membincangkan masalah perpaduan, mencari
idea baru bagi menghapuskan perasaan perkauman serta mengelakkan berlakunya
konflik atau konfrontasi antara kaum. Lembaga Perpaduan Negara bertukar kembali
menjadi Jabatan Perpaduan Negara yang diletakkan dibawah Jabatan Perdana
Menteri.
Seterusnya ,
Majlis Perundingan Negara(MAPEN) ditubuhkan di bawah undang-undang darurat yang
diwartakan pada 29 Januari 1970. MAPEN dan MAGERAN saling berkerjasama iaitu
MAGERAN bertindak sebagai pemerintah manakala,MAPEN berfungsi sebagai penasihat
kepada MAGERAN khususnya perkara berkaitan perhubungan kaum. MAPEN berperanan
membincangkan dan meneliti masalah yang berkaitan perpaduan kaum untuk mencari
jalan penyelesaian agar ‘pisang tidak berbuah dua kali’ iaitu mengelak
berulangnya peristiwa 13 Mei.MAPEN dianggotai oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien(pengerusi),
tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan negeri,wakil-wakil parti politik
,wakil-wakil agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja,
wartawan, persatuan guru-guru dan wakil kumpulan-kumpulan kecil.Setiap ahli
berperanan dalam membincangkan isu berkaitan perpaduan kaum dengan jujur tanpa
was-was dan dalam keadaan yang tenang.Namun isu yang dibincangkan bukan hanya
tertumpu kepada perpaduan kaum semata-mata tetapi juga melibatkan perancangan
dan penyelarasan pembangunan dari segi ekonomi, sosial, pembangunan wilayah dan
negeri.
MAPEN telah
mengadakan mesyuarat yang pertama pada 27 Jan 1970 yang dipengerusikan oleh
pengarah MAGERAN dan telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu membuat
keputusan berkenaan bentuk masyarakat Malaysia pada masa akan datang bagi
mencapai perpaduan yang harmoni. Melalui perbincangan yang dijalankan selama
beberapa bulan MAPEN berpendapat bahawa negara ini memerlukan satu panduan yang
boleh dijadikan idealogi bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang baru
dan maju .Idealogi tersebut dikenali sebagai Rukun Negara yang mengandungi 5
prinsip utama iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara,
keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan
kesusilaan.Rakyat Malaysia harus mendukung cita-cita yang berpandukan kepada
kelima-lima prinsip tersebut iaitu mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan masyrakat , memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat
yang adil ,menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan
mengunakan sains dan teknologi moden.
Di samping
itu, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dirangka dengan dua objektif yang menjadi serampang dua mata iaitu
membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat.Dasar Ekonomi dirujuk sebagai tapak ,panduan ,falsafah, peraturan
dan cara mencapai matlamat dasar yang merujuk kepada usaha untuk mengubah
masyarakat dan negara daripada keadaan yang mundur kepada maju dalam pelbagai
aspek kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). Jurang kemiskinan antara
golongan kaya dengan golongan miskin terlalu besar bezanya terutama daripada aspek
ekonomi dimana golongan kaya memonopoli hampir separuh sektor ekonomi
menyebabkan penduduk miskin tidak dapat melibatkan diri dalam sektor ini.
Program pembangunan ekonomi diwujudkan bagi mencapai perpaduan ekonomi yang
seimbang dalam sektor ekonomi agar setiap golongan masyarakat dapat memenuhi
keperluan dan kehendak mereka.
DEB
mengutamakan isu kemiskinan di luar bandar dan di bandar sebagai tumpuan utama
terutamanya bagi kaum bumiputera yang menjalankan aktiviti pertanian
tradisional. DEB telah mengambil beberapa langkah unutk menangani isu ini iaitu
mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak , menambahkan daya pengeluaran dan
pendapatan, memberi peluang kepada pekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya ke sektor yang lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan
antara kaum dan kawasan, memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan
kumpulan perusahaan dan perdagangan kaum bumiputera, mewujudkan sektor
pekerjaan yang mengabungkan pelbagai kaum, memperbaiki taraf dan kualiti hidup
rakyat. DEB menjalankan pembasmian kemiskinan melalui tiga perigkat iaitu
pembasmian mengikut kawasan luar bandar dan bandar, pembasmian mengikut negeri
dan pembasmian melalui penyediaan keperluan asas dan mutu hidup yang baik.
Masyarakat telah disusun semula melalui beberapa strategi iaitu peningkatan
dalam pendapatan dan kadar kemiskinan disusun mengikut kaum, penyusunan semula
corak guna tenaga, penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat dan sektor
industri dan pembangunan bandar dan luar bandar.
Selain itu,
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk hasil daripada gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan 1971 untuk menjadi panduan dalam membentuk, mewujudkan dan
mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Kementerian
Kebudayaan ditubuhkan pada 20 Mei 1987 bagi merancang ,mengawal ,menyelia dan
melaksanakan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Di samping melaksanakan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, kementerian ini berfungsi untuk memberi khidmat nasihat,
mengubal dan menyelia dasar yang berkaitan dengan perkembangan kebudayaan dan
industri pelancongan .Mengawal dan menyelia perjalanan jabatan dan agensi di
bawahnya serta merancang program pembangunan, penyelidikan dan perhubungan
dalam bidang kebudayaan dan pelancongan selaras dengan dasar yang telah
ditetapkan .Melaksanakan, menyelaras dan mengawasi program kebudayaan dan
pelancongan serta menilai keberkesanan dasar program kebudayaan dan
pelancongan.
Dasar
Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip utama seperti kebudayaan rakyat
asal rantau melayu, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar diterima dan Islam
sebagai unsur yang paling penting. Terdapat beberapa objektif Dasar Kebudayaaan
Kebangsaan ini iaitu mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang wujud daripada
kebudayaan kebangsaan serta memperkaya dan mempertingkat kualiti kehidupan
manusia dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan dilaksanakan melalui pemulihan, pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui
usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan
budaya. Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing
dan melatih peminat, pendokong dan pengerak kebudayaan dengan meluas sebagai
jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah
kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia, memenuhi keperluan
sosiobudaya serta meninggikan taraf dan mutu kesenian.Kementerian Kebudayaan
,Kesenian dan Pelancongan berperanan penting dalam melaksanakan dasar ini iaitu
menguruskan penyelidikan ,pembangunan dan pengalakkan penyelidikan dan
pengembangan kesenian serta perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan.
Persekutuan
Malaysia merupakan negara yang mempunyai 13 buah negeri iaitu 11 buah di
Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak.Negeri Sabah dan Sarawak merupakan
negeri yang terpisah daripada Semenanjung Tanah Melayu, situasi ini menyebab
kedua-dua negeri ini sukar untuk berhubung dengan negeri-negeri di
Semenanjung.Pihak kerajaan harus menjalankan pembangunan yang mengambilkira
usaha-usaha bagi mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan struktur
di antara negeri atau wilayah di Malaysia.Antara aspek yang perlu
dititikberatkan ialah potensi,keupayaan dan keadaan negeri atau wilayah yang
berkaitan untuk membolehkan pembangunan pertanian,perusahaan ,perindustrian
dapat disalurkan ke arah pembangunan negara yang seimbang .Objektif utama
pembangunan ini ialah mewujudkan agihan yang lebih seimbang dan adil dari segi
pekerjaan,pendapatan ,pendidikan ,kemudahan asas,kesihatan,sosial dam rekreasi
khususnya di negeri Sabah ,Sarawak dan negeri-negeri yang mundur di semenanjung.Penempatan
semula penduduk ke kawasan atau pusat-pusat bandar baru yang berpotensi dalam
pembangunan telah dijalankan di bawah pengawasan pihak berkuasa seperti JENGKA
dan DARA(Pahang), KEJORA(Johor), KESEDAR(Kelantan), KETENGAH(Terengganu) dan
KEDA(Kedah).Di Sabah sektor pertanian menjadi penyumbang utama dalam
Pengeluaran Negara Kasar(PNK).Melalui RMK-5 ,64000 hektar tanah dibangunkan
yang menempatkan 3900 peneroka dan mempelbagaikan industri balak kepada
industri pengeluaran kertas kayu dan pulpa.Penggunaan pelabuhan di Kota
Kinabalu, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau untuk tujuan pengeksportan
hasil keluaran setempat dipergiatkan .
Sektor
perlombongan di Sarawak seperti pengeluaran gas asli telah berkembang pesat
ekoran daripada permintaan yang tinggi oleh LNG plant dan Asean Ammonia-Urea
Plant di Bintulu. Melalui RMK-5 Sarawak
menjadi pengeluar kayu balak terbesar dan kemajuan sektor pertanian disebabkan
projek Pembangunan Pertanian Bersepadu(Intergrated Agricultural Development
projects) serta pembangunan luar bandar. Dasar dan sistem pendidikan di Sabah
dan Sarawak dapat diselaraskan dengan pendidikan di Semenanjung di bawah
Kementerian Pendidikan. Sistem perhubungan antara Sabah dan Sarawak
diperluaskan melalui rancangan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang
menghubungkan Kuching dengan Kota Kinabalu seterusnya dapat membantu dalam
pemesatan pembangunan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Perhubungan udara
di bawah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS)
dari Kota Kinabalu dan Kuching ke Kuala Lumpur dan Bandar lain di
semenanjung ,sistem komunikasi yang baik seperti telefon ,perkhidmatan
pos,televisyen dan radio membolehkan jurang pemisah antara Sabah dan Sarawak
dengan semenanjung dapat dihapuskan .
Sehubungan
daripada peristiwa 13 Mei ini terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti
bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum iaitu sentiasa mengalakkan penduduk
bermigrasi untuk meluaskan pergaulan.Terdapat beberapa faktor tarikan yang
boleh menggalakan penduduk berpindah iaitu penyatuan perkhidmatan awam antara
semua negeri di Malaysia , mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik di
sesebuah tempat dan meningkatkan aspek keselamatan untuk mengelak ancaman dari
luar.Selain itu,penyeragaman sisitem pendidikan adalah penting kerana Dasar
Pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Feen-Wu,Undang-undang Pelajaran1952,
Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan serta dasar
lain berkaitan pendidikan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum. Media massa
pula memainkan peranan dalam memberi pendedahan kepada berita-berita, laporan
dan dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang penerimaan maklumat yang ada.
Media massa dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang positif
terhadap negara.
Integrasi
ekonomi melalui dasar pembangunan
seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, DEB, Dasar Pembangunan Nasional
adalah untuk memastikan pengasingan ekonomi yang dijalankan sejak zaman
penjajahan sehingga selepas merdeka dapat dimansuhkan di samping merapatkan
jurang ekonomi yang wujud antara penduduk kaya dengan penduduk miskin agar
perasaan tidak puas hati dapat dielakkan. Fahaman politik yang bersatu harus
diwujudkan seperti Parti Perikatan(UMNO-MCA-MIC) atau Barisan Nasional yang
dianggotai oleh pelbagai parti komponen seperti UMNO, MCA, MIC, PPP, Gerakan,
AKAR, PBDS, SNAP, PBB, SUPP, PBRS, PDS dan SAPP .Manakala aspek-aspek sosial
lain yang perlu diambilkira ialah perpaduan kaum dapat dipupuk melalui
pengenalan dan penerapan dasar-dasar sosial seperti Rukun Negara, Dasar Belia
Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain .Dalam hal ini Malaysia
berjaya mewujudkan perpaduan dan intergrasi nasional kerana sikap kesederhanaan
dan bertolak ansur semua kaum.
Tragedi 13
Mei ini telah memberi pengajaran khususnya kepada pemimpin-pemimpin politik
termasuk rakyat Malaysia.Antara pengajaran yang dapat dijadikan iktibar ialah
kerosakan harta benda dan nyawa kerana rusuhan kaum ini telah mengakibatkan
banyak nyawa terkorban misalnya jumlah kematian pada tempoh darurat ialah 172
hingga 196 orang manakala yang tercedera seramai 493 orang.YDPA telah
mengisytiharkan darurat atas nasihat Tunku Abdul Rahman dan ahli Jemaah Menteri
.Perintah berkurung ini bertujuan untuk mengawal keselamatan dan mengembalikan
kestabilan negara .Walaubagaimanapun , keadaan ini telah menyekat kebebasan dan
pergerakan penduduk untuk melakukan aktiviti harian mereka seperti mencari
nafkah. Tragedi ini telah memberi keuntungan kepada musuh negara malah turut
memberi peluang kepada mereka untuk memecahbelahkan hubungan rakyat seterusnya
menakluki negara ini. Misalnya, kejatuhan Empayar Melayu Melaka di tangan
Portugis pada tahun 1511 disebabkan oleh keadaan kucar- kacir di negeri
tersebut.
Selain itu
,tragedi ini juga telah mengajar rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya
pembentukan dasar perpaduan dalam melahirkan masyarakat yang harmoni.Di samping
itu ,tragedi ini juga telah menunjukan faktor utama wujudnya masalah perpaduan
kaum ialah faktor kemiskinan yang terutamanya melibatkan penduduk luar bandar
disebabkan dominasi ekonomi oleh golongan kaya. Oleh itu, pembentukan DEB
adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan merapatkan jurang
ekonomi ini.Seterusnya, Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu berperanan dalam
menjadi alat perpaduan kaum .Oleh itu, setiap penduduk Malaysia perlu mahir
bertutur dalam bahasa ini.Namun, pengunaan dan pembelajaran bahasa lain tidak
di sekat untuk mengelakkan rasa tidak puas hati kaum lain seperti kaum cina dan
india .
Kesimpulannya, tragedi 13 Mei 1969 menyebabkan berlaku beberapa
perubahan di Malaysia terutama dalam sektor politik.Kerajaan telah menubuhkan
beberapa persatuan dan badan-badan kerajaan yang baru seperti MAGERAN, MAPEN,
DEB, JPN, MMN, Rukun Negara dan banyak lagi .Pelaksanaan dasar-dasar ini
memerlukan kerjasama serta komitmen daripada setiap lapisan masyarakat
terutamanya para pemimpin politik kerana salah satu faktor yang menyebabkan
berlakunya peristiwa rusuhan kaum ini ialah sikap tidak bertanggungjawap para
pemimpin politik semasa berkempen dan selepas keputusan pilihan raya diumumkan
iaitu para pemimpin politik ini tidak dapat mengawal perasaan diri dan
pengikut-pengikut mereka serta tidak menghormati sensitiviti kaum lain.Oleh
itu, peristiwa ini telah banyak mengajar setiap anggota masyarakat tentang
nilai murni yang perlu ada pada diri setiap masyarakat untuk mewujudkan
hubungan yang harmoni .Selain itu, setiap anggota masyarakat juga diajar untuk
saling bantu-membantu agar ‘pisang tidak
berbuah dua kali’ iaitu agar tragedi 13
Mei ini tidak berlaku lagi dan dijadikan pengajaran oleh semua anggota
masyarakat.
by : shafierah
No comments:
Post a Comment